Tetamu Online

We have 58 guests online

Pelawat

Anda pengunjung ke:-
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Penafian

Pihak Universiti Putra Malaysia dan Putra FM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.
Pengenalan
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mula menawarkan program Bacelor Komunikasi pada tahun 1998 dengan mempunyai empat pengkhususan iaitu bidang Penyiaran, Kewartawanan, Komunikasi Korporat dan Komunikasi Kemanusiaan. Bagi menyokong program akademik ini, UPM telah membina kemudahan makmal seperti makmal fotografi, makmal pidato dan makmal penyiaran. Makmal penyiaran mempunyai dua unit iaitu unit penerbitan radio dan unit penerbitan video. Unit penerbitan radio kini telah mendapat peruntukan untuk dinaiktaraf menjadi Stesen Radio Kampus.

Stesen Radio Kampus Universiti Putra Malaysia atau dikenali dengan nama Putra FM, merupakan stesen radio kampus digital pertama IPTA di negara ini. Kerja merekabentuk studio dan pemilihan peralatan yang sesuai bagi studio ini adalah dengan bantuan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Stesen radio kampus UPM telah beroperasi di bawah naungan RTM atau secara khususnya Selangor FM. Kerjasama yang berterusan dengan pihak RTM adalah bertepatan dengan MoU yang telah dimeterai.
 
Program Putra FM ini menitikberatkan pendidikan dewasa dengan menyediakan program utama pendidikan, informasi dan juga hiburan. Oleh kerana Putra FM digunakan untuk tujuan akademik, maka masyarakat sekitar juga akan menerima manfaatnya, terutama dari segi pendedahan budaya ilmu, sains dan teknologi, termasuk teknologi komunikasi dan maklumat.
Teruskan mendengar "Suara Kampus Terkini".

 

 
 
 
FBMK UPM