Latar belakang

Terbitan
UPM dan RTM

Saluran Siaran

Putra FM (90.7) dan Selangor FM (100.9)



Matlamat
Menyokong dasar semasa kerajaan yang berusaha untuk menghidupkan kembali sektor pertanian sebagai sektor utama dan penting dalam menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. 


Ladang Cucu Pak Awang (LCPA) adalah merupakan salah satu daripada rancangan yang diterbit dan disiarkan oleh Selangor FM Saluran UPM (Putra FM). Sketsa radio ini telah dilancarkan pada 16 Julai 2OO4 oleh wakil Menteri Pengajian Tinggi bersempena dengan Majlis perasmian Ekspo Konvokesyen UPM Ke-28 (Sidang II).

LCPA berkisar kepada kehidupan sebuah keluarga yang menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan di lokasi Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor.
Watak utama yang ditonjolkan dalam sketsa ini adalah Hafiz bin Ishak yang mempunyai kelulusan Bacelor Sains Pertanian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).
Berlatar belakangkan pengetahuan dalam bidang pertanian dan berpengalaman sebagai Pegawai Pertanian beliau kini terlibat sepenuh masa  sebagai usahawan tani moden yang berjaya. Beliau dianggap sebagai Pegawai Pertanian beliau kini terlibat sepenuh masa sebagai usahawan tani moden yang berjaya. Beliau dianggap sebagai model usahawan tani yang berjaya dan sering menjadi rujukan penduduk setempat dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan. Penampilan watak beliau bertujuan menunjukkan bidang pertanian kini merupakan sektor penting yang mampu menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Jalan cerita ini juga melibatkan tenaga pakar sebenar dalam sesuatu bidang-bidang yang berkaitan dengan ja;an cerita seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, MARDI dan UPM sendiri.

Sketsa ini juga akan sentiasa memaparkan isu-isu semasa agar pendengar akan lebih faham tentang kedudukan sebenar sesuatu isu itu. Di samping itu, maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai perkara yang disenaraikan di bawah juga akan diketengahkan:

1.
     isu-isu semasa pertanian;
2.     memaparkan teknologi dan penemuan terbaru hasil penyelidikan pertanian;
3.
     mengenengahkan inovasi yang berkaitan dengan industri berasaskan pertanian, penternakan dan perikanan, bidang perniagaan tani, hobi tani dan bio teknologi;
4.
     menggalakkan budaya I.T. di kalangan masyarakat dan memanfaatkannya dalam kehidupan seharian.
5.
     menyelitkan unsur-unsur motivasi untuk pembangunan minda yang menjurus kea rah pembentukan sikap masyarakat menuju wawasan 2020; dan
6.
     memasukkan elemen pendidikan secara tidak formal kepada masyarakat. 

Penerbitan sketsa ini bertujuan membuka minda masyarakat dan mengajak mereka menyertai secara aktif dalam industri pertanian sesuai dengan saranan dan kehendak pucuk kepimpinan negara masa kini.

 Watak utama yang menjayakan sketsa Ladang Cucu Pak Awang ini ialah Hafiz Ishak (Radhi Khalid), Suwandi Kasman (Abdul Rahman Ismail), Rujita Karim (Roslinah Mohd. Idris), Saleha Ahmad ( Datin Siti Ramlah Jaffar) dan barisan pelakon yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPM.

Sejarah
 
Ladang Cucu Pak Awang adalah merupakan lanjutan dramaradio selepas Kebun Pak Awang dan juga keluarga Pak Awang, Berikut adalah pengenalan kepada dua drama radio tersebut. 

Kebun Pak Awang
Adalah merupakan drama bersiri yang disiarkan oleh Radio Malaysia sekitar 60-an hingga awal 70-an. Drama ini diterbitkan sebagai membantu usaha kerajaan melaksanakan proses pembentukan sikap dan semangat rakyat sesuai dengan era negara baru mencapai kemerdekaan. Fokus utama adalah kepada bidang pertanian dan pembangunan bagi menyokong matlamat rancangan pembangunan lima tahun kerajaan. Ini termasuk juga bidang pendidikan kepada rakyat, mewujudkan prasarana asas kepada masyarakat dan pembangunan luar bandar. Matlamat rancangan ini bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat dan mengajak mereka turut serta secara aktif dalam semua projek pembangunan kerajaan. Rancangan ini amat popular kerana radio merupakan satu-satunya saluran penyiaran utama ketika itu walaupun perkhidmatan televisyen telah bermula pada tahun 1963 tetapi masih belum mampu dimiliki secara meluas oleh rakyat.

Watak-watak utama yang popular dalam drama ini ialah
Pak Awang (Allahyarham Abu Bakar Ahmad), Mak Iti (Allahyarham Siti Hawa Zain), Sahak (Allahyarham Ishak Ubah), Karupayah (Alllahyarham Ibrahim Din) dan Seman (Ibrahim Othman).

Keluarga Pak Awang 
Lanjutan Kepada Drama Kebun Pak Awang, drama bersiri melalui Rangkaian Nasional Radio Malaysia ini mula disiarkan pada pertengahan tahun 80-an dan awal 90-an. Fokus utama ialah kepada generasi kedua Pak Awang yang terdiri daripada anak sulungnya, Sahak yang mula mengorak langkah kepada bidang pertanian moden dan perniagaan. Sahak adalah watak progresif dan proaktif kepada rancangan pembangunan kerajaan dan menjadi model petani yang patut dicontohi. Kampung Tiram Jaya di daerah Kuala Selangor yang maju, membangun dan berjaya dipilih sebagai lokasi cerita.

Watak utama yang popular dalam drama ini ialah
Sahak (Allahyarham Ishak Ubah, Ani (Noriyah Mohd. Isa), Cikgu Johar (Ismail Hashim  Baba), Suwandi (Abdul Rahman Ismail), Markonah (Rusminah Sidek) dan Wak Kasman (Allahyarham Rahmat Adnan).
 

Perasmian Sketsa Ladang Cucu Pak Awang
16 Julai 2004

Sidang Akhbar Ladang Cucu Pak Awang

 

Sesi Rakaman LCPA Bersama Jalaludin Hasan